Thursday, August 6, 2009

SUKA HATI ASTRO SAJA !!!

Caj tambahan RM12 sukan Astro melampau - NGO

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Astro mengenakan bayaran tambahan RM12 sebulan untuk pakej sukan Astro melalui bil bulan ini.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kerajaan perlu meneliti semula syarat dan terma yang telah diberikan kepada Astro supaya syarikat televisyen berbayar itu tidak mengaut keuntungan tanpa memikirkan bebanan kepada pelanggan. "Astro sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka kerana rancangan sukan adalah satu daripada cara untuk menggalakkan masyarakat menjalani gaya hidup sihat," katanya.

Bernama, 6/8/2009.

NOTA:

1. NAMPAKNYA ASTRO CUBA MENGAMBIL UNTUNG DGN CARA YG 'UNETHICAL', MENTANG2 LAH ASTRO BOLEH MENGUBAH SYARAT2 LANGANAN SESUKA HATI...

2. PENGGUNA PERLU BERSUARA TEGAS, ATAU JIKA PERLU KITA BOIKOT RAMAI2 DAN TAMATKAN LANGANAN ASTRO SERTA-MERTA. BIAR PADAN MUKA DEPA.

3. SYARIKAT2 MANA SEKALIPUN YG BOLEH MENGUBAH SESUKA HATI SYARAT2 PERNIAGAAN/PERKHIDMATAN MEREKA WAJAR DIBOIKOT SAMA KERANA ETIKA PERNIAGAAN YG SALAH, TIDAK ADIL DAN BERAT SEBELAH SHJ.

No comments:

Post a Comment